
Video di bawah adalah sessi dialog antara peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dengan orang ramai berkenaan dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Video berdurasi hampir satu jam ini antara lain mengandungi:
ringkasan dan latar belakang Undang-Undang Liwat di Malaysia, sebagaimana yang termaktub dalam dalam Kanun Keseksaan
dan mengapa Ketua Umum PKR itu dituduh di bawah Seksyen 377b.
Tan Sri Muhammad Shafee yang terkenal denga sikap ‘no-nonsense‘ itu telah memberikan maklumat terperinci mengenai kes liwat tersebut yang menyebabkan ada hadirin merasa segan silu mendengarnya.
Undang-Undang Liwat Dan Kanun Keseksaan
Sebagaimana yang dinyatakan tadi undang-undang berkaitan dengan jenayah ‘liwat‘ di sebut dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) di bawah kepala ‘Kesalahan Luar Tabie‘ atau ‘Unnatural Offences‘.
Ada tiga seksyen untuk pihak pendakwa gunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu:-
- Seksyen 377 A
- Seksyen 377 B
- Seksyen 377 C
Di dalam video di bawah Tan Sri Muhammad Shafee menghuraikan dengan jelas mengapa Seksyen 377 B Kanun Keseksaan digunakan terhadap Anwar.
Walaupun terdapat sedikit persoalan mengenai maksud ‘voluntarily‘ di bawah seksyen tersebut yang diajukan oleh salah seorang yang hadir di dialog tersebut, Tan Sri dengan tenang memberikan penjelasan dengan lengkap dan anda boleh mendengar penjelasan beliau dalam video di bawah:
Teori Konspirasi?
Turut disentuh adalah ‘teori konspirasi‘, bagaimana keterangan di ambil dalam kes ini, pembelaan yang dikemukakan, serta hukuman yang dijatuhkan oleh hakim.
Bagi mereka yang telah lama mengikuti kes ini (terutama penyokong Datuk Sri), saya galakkan anda menonton tak kira samada anda mahu bersetuju atau tidak dengan pandangan Tan Sri Muhammad Shafee.
Serta sedikit sebanyak ia membantu anda memahami dengan lebih baik undang-undang liwat di negara ini.
Selamat menonton.
The post Undang-Undang Liwat Di Malaysia appeared first on Dulu Lain Sekarang Lain.