Quantcast
Channel: Laws – Dulu Lain Sekarang Lain
Viewing all articles
Browse latest Browse all 44

Infografik: Cara Kira OT

$
0
0
OT Kerja lebih masa

Ramai pembaca yang bertanyakan tentang cara pengiraan OT (Over Time). Biarpun perkara ini telah saya terangkan dengan panjang lebar dalam artikel: Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa, namun ramai kurang faham. Mungkin silap saya. Penerangan yang terlalu berbentuk “ilmiah“. Mungkin lebih baik jika saya permudahkan dalam bentuk infografik.

Pertamanya, perlu diingat kiraan OT ini adalah bagi mereka yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Dalam kata lain, yang bergaji RM 2,000 dan ke bawah.

Asas Kiraan

Untuk membuat kiraan kita perlukan asasnya:

  • Gaji Pokok

  • Kadar Gaji Sehari (Ordinary Rate Of Pay)

  • Kadar Gaji Sejam (Hourly Rate Of Pay)

Kadar Gaji Sehari

Kadar Gaji Sehari

Kadar Gaji Sejam

Formula untuk kadar gaji sejam adalah sama untuk semua pekerja bergaji hari, mingguan, mahupun bulanan.

kadar gaji sejam

Cara Kira OT

Untuk mengira jumlah OT yang perlu di bayar kepada pekerja, kita perlu faham dan ingat ORP dan HRP (lihat di atas). Formula-formula yang digunakan berkisar dengan mereka.

Ambil perhatian bahawa pada hari biasa, cuma kerja selepas tempoh masa biasa berkerja (8 jam), baru lah di kira sebagai kerja lebih masa (OT). Untuk hari cuti umum dan hari rehat, apabila sahaja kerja di buat ia dikira OT kerana sepatutnya hari tersebut pekerja tidak perlu berkerja. Semua kerja-kerja yang dibuat pada hari rehat dan cuti umum adalah diluar waktu kerja. Ia adalah kerja lebih masa.

Kiraan OT

Pekerja Bergaji Hari

Untuk pekerja bergaji HARI, kiraan OTnya sama dengan di atas kecuali pada HARI REHAT, yang mana mereka di bayar pada kadar:

  • Jika OT selama 4 jam atau kurang – 1 HARI GAJI (1 x ORP)

  • 4 Hingga 8 jam – 2 HARI GAJI (2 x ORP)

  • Lebih 8 jam – Setiap jam di bayar pada kadar 2 x HRP

- Infografik: Cara Kira OT

The post Infografik: Cara Kira OT appeared first on Dulu Lain Sekarang Lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 44

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>