
Ramai pembaca blog ini yang menayakan soalan berkaitan undang-undang dalam blog ini. Walaupun saya tidak ada kewajipan menjawab soalan-soalan anda, namun saya cuba juga luangkan sedikit masa membantu anda. Akan tetapi, harus diingat yang jawapan saya berupa pandangan peribadi dan bukannya authoriti (rujukan) yang boleh anda gunakan di mana-mana. Saya tidak berikan khidmat guaman di blog ini dan saya menulis di sini sebagai blogger dan bukannya peguam. Please jangan quote saya bila berunding atau membincangkan soal undang-undang dengan mana-mana pihak. Kerjasama anda amat saya hargai.
Satu lagi perkara yang anda harus FAHAMI…
BUKAN SEMUA SOALAN ANDA, SAYA MAMPU JAWAB.
Undang-undang bukanlah topik yang ada penyelesaian objektif seperti matematik atau sains. Ia boleh dilihat dari pelbagai sudut dan tafsiran. Pandangan saya mungkin berbeza dengan orang lain. Oleh itu, harap ambil nasihat saya sebagai nasihat dan bukannya authoriti anda.
Soalan undang-undang buruh
Undang-undang buruh paling kerap saya ditanya. Sekali lagi saya ingatkan anda semua, amnya hak-hak dan tanggungjawab majikan dinyatakan dalam KONTRAK.
Oleh itu, bila ada pertikaian: kontrak kerja, dokumen dan surat menyurat berkaitan perlu dirujuk. Dalam kes tertentu, saksi dan keterangan juga akan memainkan peranan penting.
Oleh itu, kita bukan sahaja perlu rujuk Akta Kerja 1955 atau Ordinan-Ordinan Buruh, malahan juga…
Undang-undang kontrak dan undang-undang keterangan.
Apa Kepentingan Akta Kerja & Ordinan Buruh?
Walaupun kontrak yang mengariskan hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja, NAMUN ia juga tertakluk pada undang-undang lain yang secara spesifik menyebut tentang sesuatu perkara.
Contohnya:
Akta KWSP secara spesifik menyatakan pekerja dan majikan WAJIB mencarum dalam KWSP. Maka, ia tetap perlu dilaksanakan juga walaupun majikan dan pekerja tidak mahukannya.
Akta Kerja 1955 secara spesifik menyatakan pekerja perlu di berikan 1 hari rehat dalam seminggu, maka majikan tidak boleh suka-suka membuat kontrak dengan mengenepikan soal ini.
Amnya Akta Kerja 1955 dan Ordinan-Ordinan Buruh menetapkan faedah-faedah MINIMA yang mesti dimasukkan dalam kontrak kerja. Jika ia tidak dilaksanakan, maka terma yang berlainan itu akan terbatal dan peruntukkan Akta/Ordinan perlu dipatuhi.
Bukan Semua Yang Mendapat Perlindungan Akta
Secara asasnya, perniagaan peniaga milik peniaga. Oleh itu, kerajaan tidak seharusnya campurtangan dalam urusan perniagaan mereka.
Akan tetapi bagi melindungi pekerja, terutamanya golongan bawahan yang mungkin sukar berunding bagi mendapatkan faedah yang baik buat mereka, akta dan ordinan ini digubal dan dikuatkuasakan.
Harap maklum yang Akta Kerja 1955 cuma terpakai pada pekerja-pekerja: yang gajinya RM 2,000 dan ke bawah sahaja.
>> Akta Kerja 1955: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak <<
Anda boleh lihat senarai artikel-artikel undang-undang yang diterbitkan DI SINI.
Sebarang komen akan disimpan dan ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan spam dan perkataan yang kurang sesuai. Oleh itu, bersabar dan jangan tinggalkan lebih dari satu komen yang serupa ya.
Saya bukanlah blogger sepenuh masa, maka saya mungkin ambil masa menjawab soalan-soalan anda. Sila isikan alamat e-mail yang biasa anda gunakan agar mendapat notifikasi komen telah di jawab. Sekian dan harap maklum. Terima kasih atas sokongan anda.
- Berkenaan Soalan Undang-Undang Anda
The post Berkenaan Soalan Undang-Undang Anda appeared first on Dulu Lain Sekarang Lain.